'tanggapan umum bahawa “tiada yang boleh diharapkan di Sabah” serta berleluasanya budaya politik “lain dicakap, lain dibuat” di kalangan mereka yang berkuasa'.
My Comments: This is something new in Sabah. But the people behind it are not newcomers. Dr Kanul Gindol (a PhD in Political Science) and his friends are old hands at what is going on in Sabah. Interestingly they are targetting all 25 + 1 (Labuan) Parliamentary seats in Sabah. Parliamentary seats means Federal Government. Putrajaya.
Full speed ahead to GBM. Do your best, serve the people and always ask them, 'What can we do for you the people'.
KOTA KINABALU: Gabungan Bebas Merdeka (GBM) – sebuah pergerakan politik bebas dan gabungan calon-calon Bebas, berhasrat meletakkan calon di semua kerusi Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
Pengerusi GBM Gundohing Dr Kanul Gindol berkata gabungan itu kini dalam proses mengenalpasti dan membuat penilaian bakal-bakal calon yang bakal diketengahkan.
“Hasrat GBM itu begitulah, bagaimanapun saya diminta hanya mengumumkan jumlah calon sebenar kami pada satu persidangan GBM menjelang pembubaran Parlimen yang saya jangka sebelum hujung 2027,” katanya ketika ditanya JT mengenai perkembangan gabungan bebas itu.
Menurutnya, GBM yang baru saja dilancarkan pada 14 Ogos baru-baru ini kini sedang giat menjelaskan perjuangan dua Poin GBM iaitu “Perdana Menteri Malaysia PRU16 Patut Dari Sarawak” dan “Jawatan PM Perlu Digilirkan Setiap Lima atau Lapan Tahun Kepada Tiga Wilayah Semenanjung, Sarawak dan Sabah”.
“Pendekatan ‘Dua Poin GBM’ yang kami lancarkan di Tuaran kurang dua bulan lalu itu nampaknya menerima sambutan sangat menggalakkan dan ramai memberitahu mereka bersedia menyokong GBM kerana merintis kepada perjuangan politik baru.
“Saya tak peduli apa orang lain kata. Dua Poin GBM ini pasti menggoncang model lama politik dalam negara yang terlalu tepu dengan penguasaan berpanjangan Semenanjung, tidak memberi peluang kepada Sabah dan Sarawak mengetuai pentadbiran negara,” jelasnya sambil menambah GBM menyusun komiti kawasan di kesemua 26 kerusi Parlimen Sabah, termasuk satu di Labuan.
Dr Kanul, seorang bekas wartawan dan juga aktivis terkenal Sabah, berkata beliau tidak begitu risau mengenai calon pada masa ini kerana yakin semakin ramai pemimpin lama dan baru tampil menyatakan minat mereka terhadap “model baru” pengurusan politik gabungan bebas itu.
“Yang sebenarnya ramai juga memberitahu saya bahawa adalah lebih baik mempunyai parti politik daripada menghimpun calon-calon bebas, dan saya menerima pandangan ini dan sehubungan itu GBM terbuka kepada ‘kerjasama dengan parti politik yang sesuai’ dan juga ‘usaha mendaftarkan sebuah parti politik baru’.
“Saya sendiri telah bertemu dan akan menemui lagi pemimpin parti-parti tempatan Sabah yang bersikap terbuka kepada GBM dalam memeriksa kemungkinan mengadakan kerjasama antara GBM dengan parti atau parti-parti berkenaan,” katanya sambil menjelaskan masih terlalu awal untuk mendapat apa-apa kepastian.
Dr Kanul bagaimanapun menjelaskan pada masa ini pimpinan GBM berpendapat mereka tidak tertarik membentuk gabungan dengan Warisan, GRS, BN, PH mahupun PN sebaliknya yakin memberi saingan kepada parti-parti itu sedikit masa lagi.
Katanya lagi sentuhan dan gerakan GBM dijangka hanya dirasai di seluruh Sabah selepas Februari 2027 apabila tiga lapis pimpinan GBM terbentuk dengan kukuh di 26 kawasan Parlimen atau sekurang-kurangnya di 24 kerusi.
Tiga lapis pimpinan itu ialah “Executive Committee” yang adalah kata putus kepada semua gerakan GBM, Jawatankuasa Pemandu dan Pilihanraya yang pada masa ini belum diaktifkan, dan ‘State Standing Committee’ yang mengandungi pimpinan kanan di semua 26 kawasan Parlimen Sabah dan Labuan.
“Apa yang menarik ialah jawatankuasa eksekutif GBM ini telahpun memuktamadkan bahawa pemilihan calon-calon GBM adalah diputuskan sendiri oleh pimpinan GBM di peringkat kawasan, bukan oleh ‘executive committee’ mahupun saya sendiri.
“GBM tidak lagi memakai model lama politik di mana kabinet dapur termasuk isteri dan keluarga presiden yang memutus, meminda dan menukar calon pada minit terakhir. Ini tidak akan berlaku dalam GBM,” katanya sambil menjelaskan beliau hanya ‘interven’ jika beliau yakin wujud unsur mensabotaj GBM dari dalam.
Dr Kanul juga menjelaskan baginya tidak timbul GBM sebagai kuasa ketiga kerana sebenarnya tidak wujud kuasa pertama dan kuasa kedua yang stabil dalam lanskap politik Sabah sejak penyertaan begitu banyak parti atau gabungan pada pilihanraya lalu.
“Sabah ada 25 kerusi Parlimen tapi hari ini hanya ada tiga MP Warisan dan enam MP GRS, jadi mana kuasa pertama dan kuasa keduanya? Tiada. Semua pun masing-masing bersaingan. Kerusi-kerusi MP lain di Sabah dikuasai BN, PH, PN dan juga Bebas,” jelasnya.
Mengenai kriteria calon GBM, Dr Kanul, yang memiliki PhD Sains Politik dan dianggap antara pakar komunikasi politik tempatan, berkata cukup sekadar calon-calonnya sihat dan memiliki kejujuran dan kebijaksanaan yang seimbang melayakkan mereka menjadi anggota parlimen yang berkesan untuk rakyat dan Sabah serta boleh membantunya selaku ketua GBM.
“Calon-calon saya mesti menghayati Dua Poin perjuangan awal GBM tadi, dan mereka mesti bersedia ada dua poin besar lagi bakal saya umumkan sebelum PRU16 ataupun pada persidangan GBM hujung 2027 nanti, mudah-mudahan,” katanya sambil menambah GBM dijadual melancarkan Proklamasi Budaya Politik GBM pada satu majlis di Tuaran pada bulan ini.
“Budaya Politik kami ringkas hanya ada lima poin yang menjadi pemandu tingkah-laku semua pemimpin GBM di semua peringkat. Ini sangat penting kerana rakan kita di Sarawak juga amat gelisah dengan tanggapan umum bahawa “tiada yang boleh diharapkan di Sabah” serta berleluasanya budaya politik “lain dicakap, lain dibuat” di kalangan mereka yang berkuasa.
