Thursday, November 5, 2026

GURU BELUM LULUS PEPERIKSAAN GURU (PTM). TAPI MENGAJAR JUGA.

 



Dungu tapi tak sepatutnya dungu. Tapi masih mengajar kanak-kanak.  Kanak-kanak dungu ke atau bukan dungu?

Semalam, isteri saya pergi ke hospital untuk appointment dengan doktornya. Dia ternampak enam orang pelajar perubatan muda buat lawatan wad. Kesemua mereka perempuan. Tiada seorang pun lelaki. Apabila ditanya, mereka berkata, “Memang sangat kurang pelajar lelaki dalam kuliah kami.”

Tempoh hari seorang profesor menyatakan bahawa kadar kemasukan pelajar Bumiputera ke aliran Sains adalah kurang daripada 15%. Dia juga kata bahawa angka tersebut berkemungkinan akan merosot kepada kurang daripada 10% dalam beberapa tahun lagi.

Sistem pendidikan makin hancur.