Wednesday, December 18, 2024

REFORMATI SUDAH PETAI

 


 




Saya masih ingat sewaktu kecil dulu ada orang pernah mencuri makanan saya. Lepas itu orang lain pula tuduh saya bodoh - seolah salah saya bahawa orang lain curi makanan saya.  Sebenarnya orang yang tuduh saya bodoh itu pun ada bakat mencuri. Sebab itu mereka cover antara satu sama lain.  Sebenarnya masalahnya lebih besar. Masalahnya ialah ketiadaan moral atau maruah (harga diri). There is no morality.

Kita lihat kes berita bergambar di atas. Kesemua kes ini melibatkan orang miskin - rakyat marhaen. Orang kebanyakan. Mereka telah mencuri barang makanan yang sikit - Milo, mee segera, air kotak dsbnya. Dan mereka ditangkap dan di dapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman. 

Apakah motivasi mereka yang sebenarnya untuk mencuri saya tak tahu lah tetapi yang jelas ialah mereka bukan kaum elit atau watak-watak politik yang berkuasa dan berpengaruh. Mereka adalah rakyat marhaen. Jadi masuklah penjara dan bayarlah denda sekali - ikut keputusan mahkamah. Sistem pengadilan kita sangat adil. Orang salah tidak akan terlepas daripada menghadapi pengadilan. Betul tak?

Kesalahan besar mereka ialah mereka tidak menceburi politik. Kalaulah mereka menceburi politik percayalah mereka tidak akan perlu mencuri Milo atau mee segera. Sebaliknya mereka boleh kerja angkut hutan dengan bukit dan gunung sekali. Itulah kehebatan menceburi politik.

Mereka tidak bermoral atau bermaruah. Jadi apa pula kebodohan kita? Apa pula kebodohan tuan-tuan? Kebodohan tuan-tuan ialah selama ini tuan-tuan menaruh harapan dan meletak kepercayaan kepada mereka tanpa sebarang soal siasat  dan tanpa boleh bezakan antara yang betul dan salah.

Kalau sama agama dengan aku, dia mesti baik.
Pendakwah tanpa moral kata, 'kalau dia rasuah pun, kalau dia Islam kau mesti undi dia'.
Kalau sama bangsa dengan aku, dia mesti baik.
Kalau sama bahasa dengan aku dia mesti baik. 
  • Maka hancurlah umat Islam sehancur-hancurnya. 
  • Di tanah Arab hancur jadi debu dan pasir. 
  • Di tanah kita umat Islam ter-tinggal, ter-kebelakang, ter-miskin. 
  • Pelbagai ter-ter.

Sebenarnya semua orang tahu apa itu betul dan apa itu yang salah. 

Semua orang tahu apa itu moral dan apa itu tidak bermoral.

Tetapi semangat nafsu itu lebih kuat. Semangat se-bangsa, semangat se-agama, semangat se-bahasa boleh membutakan hati, butakan mata, padamkan otak dan akal. Semuanya mati. Jadi buta complete darkness.

Tiba-tiba mereka nampak cahaya lampu suluh di depan. Alhamdulillah. The light at the end of the tunnel sudah pun tiba untuk menyelamatkan kita. Yang pegang lampu suluh itu adalah orang politik.  Dia kata, 'Ikutlah saya, percayalah saya. Saya se-agama, se-bangsa dan se-bahasa dengan awak. Percayalah saya.'