Rule No 1 again - no names.
KUALA LUMPUR (March 11): Sa---a E---gy received RM1.1 billion
monies exclusively for settling what Sa---a E---gy owes its vendors
- supporting over 2,000 local vendors
- the Malaysian oil and gas (O&G) ecosystem
- to fully settle overdue payables to them
- “We are extremely grateful for this funding
- allow us to fulfil our commitment
- RM10.8 billion owed to nine lenders
- RM1.5 billion outstanding trade creditors
(OSTB : RM10.8 billion owed to nine lenders??? Then what about the 2,000 local vendors? Who gets paid first? The nine lenders or the 2,000 local vendors?)
- In 2018 P-B came to rescue forking out RM2.68 billion
- Na--b in 2022 urged the bail out pointing out it “belongs to all Malaysians”
So in 2018 the first bailout was RM2.68 billion.
Now another RM1.1 billion.
RM2.68b + RM1.1b = RM3.78b).
My Comments:
Dulu pada 2014 masa Najib buat cukai GST 6% ekonomi negara kita hancur. Hampir kesemua perniagaan rugi especially SME dan perniagaan borong dan peruncitan. Syarikat Mydin Supermarket mengalami kerugian yang pertama sejak 65 tahun beroperasi. Beratusan peniaga Cina tutup kedai bukan saja sebab bisnes merosot teruk tetapi taukeh Cina takut dimasukkan penjara kalau tersilap tulis akaun dan bayaran GST.
Pada waktu itu perniagaan emas saya bersama isteri pun mengalami kerugian dan mengambil masa lima tahun (2019) sebelum kami beruntung sekali lagi. Those were very difficult times. Lepas itu kena Covid pula.
Tetapi tidak ada sesiapa pun bantu untuk bailout kami. Beribu lagi perniagaan serupa kami yang mengalami kerugian tetapi tidak ada sesiapa pun datang bantu bailout perniagaan kami. Kami terpaksa survive dengan sendiri.
- Tetapi di sini saya melihat mereka menggunakan duit kita atau DANA AWAM untuk bailout syarikat yang patutnya tidak layak wujud in the first place.
- Tidak layak wujud maksud saya they are non-sustainable businesses.
- Non-sustainable sebab mereka tidak boleh bersaing dan hidup atas kaki sendiri.
Mereka telah diwujudkan atas quota bumiputera. Mereka mempunyai hampir unlimited access kepada 'national oil business'. Not everyone had the same access.
Dulu shareholder mereka termasuk seorang anak perdana menteri. Dan anak perdana menteri itu menjadi "luckiest shareholder" sebab sekitar 2020 dia telah jual saham dia dalam syarikat yang dibailout ini pada harga jualan RM578 JUTA !!
"..netted RM578 mil in proceeds from the share sale based on the stock’s closing price of RM1.50"
Jadi dia jual saham dia pada harga RM1.50 setiap saham dan mendapat total proceeds sebanyak RM578 JUTA. Hari ini pula harga saham syarikat ini hanya 3.5 SEN !!!
Can you imagine - RM1.50 berbanding 3.5 SEN sahaja!!
Memang "luckiest shareholder" betul. Dan majalah Forbes magazine pernah senaraikan anak ex perdana menteri itu sebagai "2020 Malaysia's 50 Richest".
Jadi Tuan-Tuan, pendek kata, depa semua ini kaya raya. Dia orang ini termasuk kaum elit. Dia orang ini bukan duduk di rumah Felda, atau rumah kampong, atau rumah teres di Subang Jaya atau Taman Tun.
Kurang-kurang mereka duduk di rumah banglo dengan swimming pool, ada gym, basketball court dan sebagainya. Mereka tidak main kereta Myvi atau Proton Saga atau Honda Accord pun. Kurang-kurang mereka punyai Mercedes S400, S500 dsbnya. Atau Porsche, Lamborghini dsbnya.
Saya rasa contractor dan subcontractor mereka pun (over 2,000 local vendors) bukan calang-calang punya orang. Bukan duduk di rumah Felda, atau dI rumah kampong atau apartmen kos sederhana di Lembah Klang. Rumah mereka pun mesti elok, kereta mereka mesti elok. Boleh umrah setahun sekali, cuti sekolah overseas dengan anak bini - macam itu lah.
- Jadi sekarang bila mereka tak tahu niaga, bisnes sudah rugi berbilion Ringgit, tiba-tiba mereka dapat bailout - DENGAN MENGGUNA DUIT KITA.
- Bukan sekali tetapi sudah dua kali bailout.
- First round bailout RM2.68 bilion.
- Second round bailout pula RM1.1 bilion.
- Total bailout RM3.78 bilion.
- Dengan mengguna DANA AWAM.
- Samada duit cukai ke, duit tabung pelaburan ke - it is still DANA AWAM.
- Duit kita.
Daripada zaman Genghis Khan, ke zaman Kublai Khan hingga zaman Pakistan-Khan (bakal perdana menteri Benua Asia Tenggalam) mereka dapat bailout juga. Elit selalu tolong elit. Orang kaya selalu tolong orang kaya. Which is a good thing - saling membantu dan menolong sesama manusia. Tetapi awak tolonglah sesama geng orang kaya awak dengan mengguna duit awak sendiri. Jangan guna duit rakyat marhaen - yang makin susah menghadapi pelbagai cabaran kewangan.
- Awak nak tolong sesama kaum elit awak fine - go ahead.
- Tapi awak guna duit bapak awak.
- Jangan guna duit orang lain.
- Jangan guna DANA AWAM.
Sekolah rosak, hospital rosak, ubat di hospital dah tak cukup - dia suruh beli sendiri. Peluang hidup makin tipis - banyak sangat monopoli kroni (di beri lesen kroni). Orang lain nak niaga tak boleh - lesen disekat. Apa sudah jadi berita BPT (beras putih tempatan)? Hari itu mereka sahkan penipuan BPT dijual sebagai beras impot. Ok very good. And then what happened? Apa tindakan susulan? OK lah tidak ada tindakan susulan. I dont care. Tetapi beras tempatan itu pi mana? Where is the rice?
Kalaulah awak guna duit bailout RM1.1 bilion itu dan awak bagi kepada Tan Sri monopoli beras pula, percayalah malam ini juga semua supermarket akan penuh dengan beras BPT. Problem solved.
Tapi beras BPT masih tak terjumpa di semua tempat. Sekarang duit kita another RM1.1 bilion akan hangus untuk bailout orang kaya.
Daripada
zaman Genghis Khan, ke zaman Kublai Khan hingga zaman Pakistan-Khan
nothing has changed. Tiada apa pun yang berubah.