Kesudahannya kereta Toyota Vios yang harga sepatutnya adalah RM46,500 sahaja dijual dalam negara kita pada harga RM95,500 !!
Bukan saja mereka miskinkan kita tetapi mereka memperbodohkan kita sekali.
Yang berikut ini adalah video ringkas (Thank you Mr M) yang menganalisa pro dan kontra projek Proton Dr Mahathir dulu. Projek Proton adalah 'projek bencana' atau disaster project bagi negara kita. Yang telah merugikan negara kita dan memiskinkan berjuta orang penduduk negara, terutama sekali orang Melayu, sampai ke hari ini.
Akhir sekali terpaksa dijual kepada syarikat dari negara China pada harga besi buruk.
Tuan-tuan dengar baik-baik.
Sekarang kita sudah tidak ada lagi projek "kereta nasional". Semua orang tahu 'kereta nasional' kita sudah dibeli (ok lah 49%) dan diurus oleh syarikat asing dari negara China. CEO dia dilantik oleh shareholder dari China itu.
Kereta nasional kedua pula adalah kepunyaan syarikat Jepun. Bukan pegangan majoriti kita pun.
- Tetapi kita masih mengamalkan dasar 'cukai impot tinggi' untuk kereta impot untuk "protection" industri kereta nasional !!
- Tetapi yang sebenarnya kita sudah TIDAK ADA LAGI INDUSTRI KERETA NASIONAL.
- Yang ada ialah industri kereta kepunyaan syarikat asing dari China dan Jepun.
Ini carta cukai impot:
Saya jumlahkan cukai sampai 135% (cukai import CBU + Excise + GST)
Kesudahannya kereta Toyota Vios yang harga sepatutnya adalah RM46,500 sahaja dijual dalam negara kita pada harga RM95,500 !!
Bukan saja mereka miskinkan kita tetapi mereka memperbodohkan kita sekali.
- Tuan-tuan apakah solution dia?
- Senang saja.
- JANGAN UNDI MEREKA.
- TENDANG MEREKA KELUAR.
- Kick them out.
- Kickdefella.