Yang saya notice lately, geng auta ini sering sebut 'kita negara berhukum'. Maksudnya kita adalah 'law abiding country'. They like to use all these catchy phrases 'negara berhukum' bla bla.
Ok saya setuju depa ikut hukum tetapi ikut hukum kepala hotak depa orang yang curi berbillion Ringgit boleh dapat diskaun hukum penjara dikurangkan. Lepas itu denda dia pun diseparuhkan. And then latest pula dia minta dipenjarakan di rumah banglo dia yang ada swimming pool, jacuzzi, gym sendiri dsbnya. Ikut hukum kepala hotak depa juga.
Hello Tuan-Tuan jangan salah faha. I am not disputing depa punya hukum. Ini pun hukum depa juga. Mereka memang ikut hukum.
And then seorang lagi boleh terlepas 37 tuduhan jenayah AFTER Mahkamah sudah dapati dia salah ("defense has been called") dan bahawa dia perlu menjawab hujah dan bukti pendakwa yang sudah pun diterima oleh Mahkamah. Tetapi dia terlepas. Pendakwa pula dengan tiba-tiba minta discharge of charges. Ikut hukum kepala hotak depa juga. Mereka memang ikut hukum.
And then kes paling bodoh mamak handsome ditangkap atas tuduhan punyai pistol plastik dan dadah. Budak itu dimasuk penjara selama sembilan bulan SEBELUM kes dia di mahkamah bermula pun!! Itu pun ikut hukum kepala hotak depa juga.
And then bila kes dia bermula di mahkamah, kes itu dibuang sebelum waktu rehat coffee break. Hakim mahkamah TIDAK kata kes itu kes bodoh tetapi ikut nada keputusan hakim, kes itu memang kes bodoh. The case was thrown out. Tetapi mamak handsome itu ditangkap dan disumbat sembilan bulan dalam penjara ikut hukum kepala hotak depa juga.
Yang latest kes anak sunti yang kehilangan nyawa secara kejam di Sabah. Pegawai Polis pangkat tinggi cakap (bukan saya cakap) kes ini melibatkan unsur buli. Pegawai Polis yang sama cakap anak gadis itu jatuh dari tempat tinggi (tingkat atas). Bukan saya yang cakap tau. Jadi 'buli' campur dengan 'jatuh' maksudnya jenayah. Pegawai Polis yang sama kata 'there is evidence' dibuli. Mereka sudah ada bukti. Habis kenapa tidak ada penangkapan? Ikut hukum lah.
And then autopsi pula bercelaru. Kononnya si-ibu pula minta "secara dokumen bertulis dan ditandatangani" tidak mahu autopsi dibuat atas mayat anak dia. Ini ikut hukum jenis apa? And then surat batal autopsi itu di-sign oleh doktor, pathologist, pegawai penyiasat Polis dan si ibu. Semua sign. I say kenapa tak panggil Ketua Menteri sign sekali? The more the merrier.
And then bila kes jadi heboh dan keadaan kecoh, tiba-tiba dibuat autopsi. Ini pun ikut hukum depa juga. Tuan Haji Huru bin Hara.
Di sini pula ada satu lagi kes ikut hukum kepala hotak sendiri. Video ini ringkas, dengar satu minit saja cukup, boleh faham masalah depa.
Saya sendiri sebagai businessman boleh setuju dengan aduan lelaki itu. Lelaki itu perlu bayar sewa RM900 sebulan. Dia dapat tender kantin - mesti ikut syarat canteen operator. Mesti ada syarikat, perlu lulus kursus food operator oleh Majlis Tempatan, pekerja dia lulus ujian Fomema, sudah suntik Hepatitis B dsbnya. Dia perlu ikut hukum kepala hotak depa juga. And then dia bermula niaga lah. Dia jual nasi lemak berlauk dengan harga RM3.
Tiba-tiba wanita itu pula datang buka warong di tepi jalan, di depan tempat niaga lelaki itu dan dia jual nasi lemak dengan harga RM1 saja. Of course lah bisnes lelaki itu akan rugi.
Tetapi yang jadi masalah dan yang salah ialah wanita itu buka warong tepi jalan tanpa lesen, tanpa permit, tidak perlu bayar sewa, tak payah ujian Fomema, tak payah Hepatitis B. Semua tak payah. Tapi pihak auta-rity tak usik dia pun. Depa biarkan saja. Semua ikut hukum kepala hotak depa juga.
Akhir sekali mereka gaduh - seperti dalam video di atas. Negara jadi kecoh.
Kenapa jadi kecoh? Sebab mereka ikut hukum kepala hotak depa sendiri.