Friday, January 10, 2025

KALI INI PAS BUNUH DIRI MENANGGUK DI AIR KERUH

Dari dulu sampai sekarang Pas tidak menonjolkan pemikiran yang berakal ataupun strategi politik yang berguna. Dalam satu buku yang ditulis (atau diriwayat) oleh Nik Aziz dulu beliau menceritakan bagaimana perbalahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pada tahun 1987 telah begitu menguntungkan parti Pas. Umno berpecah dua dan Pas dengan begitu tergesa menjalin kerjasama dengan Parti Semangat 46 Tengku Razaleigh.  Dan pada pilihanraya 1990 Pas telah menang kerajaan negeri Kelantan dan Nik Aziz pun menjadi Menteri Besar Kelantan (sampai tahun 2013). Maka itulah strategi politik PAS - tunggu hingga Umno berpecah kemudian bolehlah Pas menangguk di air keruh ia itu mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan, kekalutan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendir'. Itu saja strategi PAS. Walaupun 35 tahun PAS memerintah Kelantan, negeri itu tetap ke laut juga. For 35 years they have lost so many opportunities. Rakyat Kelantan tidak mempunyai masa depan yang separuh cerah pun.  (Tetapi serupa juga Terengganu, Kedah, Perak, Perlis, Sabah. Jadi Kelantan is not alone).

Tetapi isu Umno berpecah dan perbalahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak memberi kesan yang permanent. Pada PRU 1995 pula Dr Mahathir kembali "full strength" semula. Semua parti pembangkang tewas kepada Dr Mahathir. Tan Sri Lim Kit Siang dan Encik Karpal Singh masing-masing naga dan singa DAP telah tewas kerusi Parlimen. Pas hanya menang TUJUH kerusi Parlimen. Pas berada dalam keadaan sakratul maut. Selain daripada menangguk di air keruh, PAS tidak mempunyai sebarang strategi politik  (lagu hud-hud-hud dud-dud-dud PAS sudah basi dan tidak begitu popular dengan majoriti pengundi Melayu - sehingga hari ini). 

And then pada tahun 1998 Umno berpecah lagi. Calon Pintu Belakang dilebamkan matanya. Dan PAS (serta DAP) telah mengangkat calon Pintu Belakang atas kepala mereka. Kali ini perpecahan parti UMNO lebih serius daripada tahun 1987. Maka pada PRU tahun 1999 PAS kekal di Kelantan dan juga menang Terengganu. PAS juga berjaya menambahkan kerusi Parlimen - menang 27 Parlimen - rekod yang baru. Sekali lagi menangguk di air keruh membawa keuntungan kepada PAS. Mereka tidak mempunyai strategi yang lain.

Lepas itu disaster kembali pula. Dr Mahathir bersara pada tahun 2003. Di ganti oleh Mr Bersih Suci Murni Oh Di Mana Imam Ghazali? Dan pada PRU berikutnya pada tahun 2004 Mr Bersih Oh Di Mana Imam Ghazali menang paling besar. BN menang 198 kerusi. PAS kalah teruk dengan hanya TUJUH kerusi Parlimen - sakratul maut sekali lagi. Terengganu pun kalah.

Lepas itu Mr Bersih Suci Murni pula menjadi tidak bersih. Sudah debu dalam suci. UMNO/BN sudah tidak popular. Riwayat politik UMNO/BN sudah sampai kepada expiry date. Maka pada PRU 2008 buat kali pertama UMNO hilang majoriti 2/3 dalam Parlimen. Semua parti pembangkang untung besar - termasuk PAS. Pas menang 23 kerusi Parlimen. Sekali lagi menangguk di air keruh membawa keuntungan kepada PAS, ia itu PAS hanya menunggu BN/UMNO bermasalah, berpecah atau membuat kesilapan. Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor semuanya dimenang oleh parti pembangkang.

PAS masih tidak mempunyai strategi sendiri untuk majukan negara dan semua rakyat negara. PAS juga kurang jelas bahawa bilangan penduduk Melayu asli (di Semenanjung) lebih sedikit daripada 51% sahaja. Baki 15%-20% pengundi bumiputera (majoritinya bukan Islam) adalah kaum asli di Sabah dan Sarawak yang majoritinya tidak setuju dengan PAS, termasuk bumiputera Islam.

What does this mean? Maksudnya PAS tidak boleh menang sebarang pilihanraya tanpa undi bukan Melayu dan bukan Islam. PAS boleh kekal di Kelantan dan Terengganu sebab di Kelantan PAS cuma perlu duduk dan 'listen to the grass growing'. There is nothing else to do.

Pada tahun 2009 Mr Tidak Lagi Bersih Tetapi Berdebu Dalam Suci telah diganti oleh Si Pencuri.  Dan pelbagai isu melibatkan si-isteri dan rasuah mula tular di media sosial. Maka pada pilihanraya 2013 UMNO/BN kalah kerusi Parlimen lagi. Tetapi PAS pun tidak dapat menambahkan bilangan kerusi Parlimen mereka. Pada PRU 2013 PAS hanya menang 21 kerusi Parlimen - berbanding 23 Parlimen pada tahun 2008.

Mula 2010 (dalam blog ini OutSyed The Box) berita rasuah Wan Em Dibi makin menjadi sebutan. Dan pada tahun 2012 berita Wan Em Dibi memang sudah menjadi buah mulut seluruh negara. Akhir sekali pada 2015 skandal rasuah yang terbesar sekali dalam sejarah dunia itu terbongkar sepenuhnya.  Maka pada tahun 2018 sejarah baru negara kita tercipta apabila UMNO/BN kalah pilihanraya umum ke-14.  

Tetapi kali ini (2018) pengundi Melayu dan bukan Melayu mempunyai sebuah lagi parti pembangkang baru Bersatu yang berjaya menarik banyak undi.  Gabungan yang diketuai Bersatu menang 113 kerusi Parlimen. Maksudnya pengundi mempunyai pilihan alternatif selain daripada PAS. Jadi PAS hanya boleh menang 18 kerusi Parlimen pada PRU 2018. Populariti PAS makin menurun dari PRU ke PRU. Jelas sekali PAS tidak mempunyai bilangan pendundi setia yang cukup (insufficient vote bank) sebab memang PAS tidak mempunyai strategi atau agenda politik yang dapat menarik minat pengundi Islam. Strategi PAS hanyalah menangguk di air keruh menunggu UMNO/BN bermasalah, berpecah atau membuat kesilapan. 

And then pada 2022 (PRU 15) PAS kutip untung atas angin sekali lagi. Bersatu (bawah pimpinan Dr Mahathir dan TSri Muhyiddin) gagal membawa sebarang perubahan yang berguna. Dan Bersatu pecah. Walaupun Bersatu berjaya menambahkan kerusi Parlimen daripada 14 kerusi (2018) kepada 31 kerusi (2022) mereka gagal membentuk kerajaan. Tetapi  PAS pula telah menang besar ia itu 43 kerusi Parlimen, penambahan sebanyak 25 kerusi Parlimen daripada PRU 2018.

Perlu juga kita ingat bahawa pada tahun 2022 UMNO telah kalah teruk lagi dengan menang hanya 26 kerusi Parlimen. Kejatuhan sebanyak 28 kerusi berbanding PRU 2018.

Parti PKR pun telah kehilangan 16 kerusi (berbanding PRU 2018) dan menang 31 kerusi saja pada PRU 2022. 

Maksudnya kedua UMNO dan PKR makin berkurangan populariti mereka. 

Undi Melayu yang sangat didahagakan oleh UMNO sekarang termasuk tiga juta ahli UMNO sendiri yang telah meninggalkan parti itu. Ahli parti UMNO sendiri sudah tidak mahu mengundi UMNO.


Yang paling tidak popular dan sudah sakratul maut adalah UMNO. Sejak 2004 populariti UMNO telah jatuh lebih 50%. Pada 2004 UMNO pernah dapat 65% undi keseluruhan. Pada 2022 UMNO hanya mendapat 31% daripada undi keseluruhannya.

Pada pilihanraya ENAM negeri tahun 2023 UMNO telah bertanding 109 kerusi DUN tetapi hanya menang 19 kerusi saja. Ia itu UMNO menang 17% sahaja daripada 109 kerusi yang dipertandingkan. Ini adalah markah FAIL atau GAGAL yang paling teruk.

Sejak skandal rasuah Wan Em Dibi UMNO sudah menjadi sangat tidak popular di kalangan pengundi Melayu dan bukan Melayu.

PKR pun sudah tidak popular di kalangan pengundi Melayu dan juga bukan Melayu.

Dalam keadaan yang sebegini teruk bagi UMNO, parti PAS telah mengambil keputusan paling goblok berganding bahu untuk membebaskan Si Pencuri daripada tahanan penjara. Si Pencuri yang mengakibatkan UMNO hilang kuasa pada 2018. Dan UMNO tinggal hanya 31% saja undi popular dan 26 kerusi Parlimen pada tahun 2022. PAS mahu bergabung dengan parti sakratul maut. Ini bukan lagi menangguk di air keruh  tetapi sudah menjadi strategi bunuh diri oleh Pas. Majoriti besar pengundi (Melayu dan bukan Melayu) sudah fed up dengan UMNO dan juga PKR. Jika PAS mahu terlibat membantu banduan Wan Em Dibi, percayalah PAS akan turut hilang undi yang banyak sekali.

Populariti Bersatu pula telah meningkat 121% daripada  14 kerusi pada 2018 menjadi 31 kerusi (2022). Jauh sekali daripada bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan tetapi kalau berlaku lagi keadaan 'hung Parliament' atau tiada sebarang parti yang menang besar maka Bersatu masih mempunyai  kekuatan mereka.

Satu lagi soalan cepu mas ialah bila kah PAS akan tikam belakang parti Bersatu? Sebelum PRU 16 (2027) atau mereka akan menunggu keputusan-nya dulu? Saya rasa mereka akan tunggu keputusan PRU 2027 dulu. Strategi Ikhwan Muslimin juga.

Apakah game PAS yang sebenarnya? PAS tidak mempunyai apa jenis game pun. Mereka adalah parti hanyut yang tidak mempunyai sebarang strategi. Dulu mereka mainkan lagu hud-hud-hud dud-dud-dud. Kemudian bertukar menjadi RUU. Are you You? Lebih kurang Ayo Yo. 

Wakil Rakyat PAS sebiji serupa dengan semua wakil rakyat parti lain - mereka hanya pentingkan kedudukan, jawatan, gaji dan elaun mereka sendiri. Itu saja. Menang pilihanraya itu untuk menjaminkan gaji bulanan dan elaun mereka. Kalau hari dan bulan elok sikit mereka boleh jadi Menteri, Menteri Besar, Pengerusi perbadanan atau ahli Lembaga Pengarah dsbnya.

Makin hari para pengundi, terutama sekali pengundi muda, lebih celik gelagat wakil rakyat. The game is up. Tak lama lagi akan jadi game is over.