Anak muka tin sadin (ikut Ibrahim Ali) kata tak payah buat tahanan di rumah. Lepaskan saja si pencuri itu.
Saya ada cadangan yang lebih baik - letak balik kawan tu dalam jawatan dia dulu. Orang yang pegang jawatan itu sekarang sila ke tepi. Biar si pencuri itu masuk balik pejabat lama dia. Biar dia kembali jadi boss. Nak malu apa?
Lepas tu hidupkan semula syarikat Wan Em Dibi. Kalau sudah bankrap atau tak ada modal, suntik masuk modal baru. Ambil duit daripada Treasury saja. Dulu RM40 billion. Mana cukup. Zaman sekarang Ringgit sudah jatuh kepada RM4.50 dan inflasi lagi. So bagi dia modal RM100 billion. Suruh dia pi buat Wan Em Dibi sekali lagi.
Of course dia akan perlukan bantuan untuk mengurus dana yang begitu besar. Jadi kita ampunkan saja Jolo. Biar Jolo pun dilahirkan semula ibarat kain putih suci murni.
Why not depa jemput Jolo masuk Islam? Boleh jadi muallaf billionaire yang pertama dalam negara kita. Lagi afdal. Jemputlah maulana India (yang lari kena arrest warrant di India) untuk syahadahkan Jolo. Kan maulana India itu sudah kata, 'orang Islam patut undi pemimpin rasuah as long as pemimpin rasuah itu Muslim'. Duit punya pasal, agama pun ditonggang terbalikkan. @n@k $und@l betul.
Pagi tadi saya terima WhatsApp daripada seorang sahabat Cina. Dulu mereka terkejut beruk melihat gelagat beberuk politik dalam negara ini. Tapi sekarang mereka pun sudah immune - seolah sudah di suntik tiga kali dengan vaksin COVID buatan Afghanistan. Sekarang mereka hanya ketawakan kaum yang tidak boleh menggunakan akal. Brain power pada tahap minimum power. Perlu recharge otak dengan guna bateri buatan BYD dari negara China - dengan warranty selama LAPAN tahun.
Tuan-Tuan, masyarakat ini sudah hancur. That is the truth. Nak kata apa lagi? Just tell the truth.