Sila dengar video ringkas ini dulu.
Apa yang Dr Mahathir sebut memang tidak ada lojik sikit pun. Terutama sekali business logic. Memang tidak ada.
Saya guna sedikit contoh untuk jelaskan isu 'rescue' dan mengguna 'DANA AWAM' atau taxpayers funds untuk 'rescue' atau 'bailout'.
Katakanlah terdapat sebuah kampong dengan 100 biji rumah tangga, tiap satu rumah mempunyai seorang ayah atau suami sebagai ketua rumah. Dan setiap 100 rumah tangga ini terlibat pelbagai niaga, ladang, bisnes, pertanian dsbnya. Kilang roti, ladang ayam, kebun buah-buahan, restoran pelbagai.
Dan kampong ini mengurus segala urusan mereka dengan sendiri. Pimpinan kampong termasuk Jawatankuasa Kerja Kampong (JKK) di ketuai seorang Ketua Kampong. Setiap tahun semua 100 rumah tangga dalam kampong ini bayar cukai 26% yang Dr Mahathir sebut itu kepada JKK. Dengan sumbangan cukai 26% oleh 100 buah rumah tangga tadi maka kampong ini mampu buat jalan tar, sediakan klinik kesihatan, buat sekolah tadika, perbaiki parit dan longkang, upah dua tiga pengawal keselamatan dsbnya. Jadi kebajikan penduduk kampong dan potensi kemajuan kampong pun dalam keadaan baik.
Tiba-tiba bisnes yang diuruskan oleh dua biji rumah tangga dalam kampong ini mengalami masalah besar. Satu daripadanya bernama Pratan. Pratan ini membuat kereta dengan tiga roda sahaja dengan harga jualan RM17,000. Mereka yakin kereta tiga roda itu boleh berjaya.
Tapi sebenarnya penduduk kampong lebih minat beli kereta Nissan Sunny yang pada masa itu harganya RM17,000 juga. Tapi syarikat Pratan juga adalah kesayangan Ketua Kampong, yang setuju untuk meletakkan cukai impot, duti, eksais, AP dan entah apa lagi cukai atas kereta Nissan Sunny yang akibatkan harganya melompat naik jadi RM33,000.
Maka ramai orang kampong yang hidup mereka susah juga terpaksa beli kereta Pratan tiga roda tadi. Pratan pun jadi kaya. Lepas itu syarikat Pratan jadi tamak dan menaikkan harga kereta tiga roda mereka menjadi RM23,000. Orang kampong terpaksa beli juga.
Maka CEO, pekerja dan pegawai syarikat Pratan jadi gemuk buncit - sebab mereka boleh untung lebih walaupun menjual kereta tiga roda sahaja. Mereka boleh cuti overseas, hisap cigar buatan Cuba, beli rumah mewah dsbnya.
Tapi mereka tidak sedar beberapa bahaya besar. Mereka jadi gemuk buncit tanpa perlu bekerja keras. Buat kereta tiga roda pun boleh untung besar. Selagi Ketua Kampong sayangi syarikat mereka dan kekalkan cukai yang tinggi terhadap kereta Nissan Sunny dan semua jenis kereta lain maka kereta tiga roda mereka boleh dapat untung lebih tanpa mereka perlu bersaing atau bekerja keras.
Anak bini mereka pun heran melihat bapak makin buncit, boleh hisap cigar tanpa perlu bekerja keras. Jadi bila ibu tanya kepada anak, anak itu menjawab 'Esok bila Along dah besar Along nak jadi buncit macam ayah'. Maka generasi kedua pun tidak belajar untuk bekerja keras atau belajar cara-cara untuk bersaing. Yang perlu hanya kasih sayang Ketua Kampong dengan perjuangan untuk 'agama, bangsa' dan entah apa.
Tetapi bahaya yang paling besar lagi ialah semua penduduk kampong terpaksa memikul beban kerugian kewangan yang besar. Patutnya mereka boleh beli kereta Nissan Sunny dengan harga RM17,000 sahaja. Kereta buatan Jepun kualiti dunia, murah dan selesa. Tetapi oleh kerana Ketua Kampong begitu sayangi kereta tiga roda Pratan, maka mereka terpaksa bayar RM33,000 untuk beli kereta Nissan. Hampir dua kali ganda harga dulu.
Atau mereka boleh beli kereta tiga roda Pratan sahaja. Bagi mereka yang beli Nissan Sunny juga mereka terpaksa bayar hampir dua kali ganda bayaran bulanan. Maka tiap bulan tak cukup duit bayar sewa, tak cukup bayar duit sekolah, bayar duit dapur dsbnya. Hidup mereka susah. Beli kereta tiga roda pula berlaku banyak kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa.
Lepas itu syarikat Pratan mengalami kerugian pula. Mereka telah bangunkan kilang paling besar dengan kos yang begitu tinggi. Mereka terpaksa beli semua keperluan kilang itu dari luar. Enjin kereta, acuan buat pintu dan body kereta semuanya dibeli dari luar. Jadi walaupun diberi 'protection' cukai tinggi tetapi masih mengalami kerugian besar.
Syarikat yang satu lagi yang rugi besar nama dia Sapu Lah. Al kisah syarikat ini lebih mudah. Boss-boss syarikat itu mengambil gaji dan pelbagai elaun yang lumayan gila. Sampai berpuluh juta Ringgit setahun. Dan mereka juga terlibat 'over expansion' dengan terlalu pantas dengan mengguna duit pinjam. Jadi bila berlaku kemelesetan ekonomi, bila ekonomi dunia goncang sedikit mereka tersungkur terus. Seppuku. End of story. Mereka tidak ada duit untuk bayar hutang hardware supplier RM70,000 pun.
Akhir sekali Ketua Kampong mengambil keputusan. Dia mahu juga 'rescue' kedua syarikat itu - Pratan dan Sapu Lah. Dengan mengambil duit cukai 26% sumbangan tahunan orang kampong tadi. Jadi berjuta-juta Ringgit duit orang kampong 'lesap macam asap' - untuk melanjutkan nyawa dua syarikat yang bermasalah itu.
Maka mulalah mimpi ngeri yang baru. Orang kampong mula ditimpa siksaan 'tiga kali cukai' (three times taxation).
Mula sekali mereka kena bayar cukai 26% setahun. Itu kali pertama.
Kemudian bila jalan tar berlopak, JKK tak cukup duit repair jalan. Bila titi atas parit patah pun tidak cukup duit untuk diganti. Motor dan basikal tak boleh merentas. Tandas rosak di sekolah atau di klinik kesihatan pun tidak cukup duit untuk dibaiki semula. Inilah siksaan kena dua kali cukai. You paid 26% cukai but you do not get what you paid for. Maka kerosakan jalan akan kekal rosak, kelinik kesihatan tak cukup ubat, tak cukup duit bayar gaji pengawal keselamatan.
Cukai kali ketiga ialah apabila Ketua Kampong ambil cukai tahunan bayaran orang kampong untuk rescue dua buah syarikat yang akan bersaing dengan bisnes orang kampong itu juga. Contohnya cukai yang dibayar oleh orang kampong diguna untuk rescue syarikat Pratan yang akan bersaing (secara tidak adil dan cara tidak sama rata) dengan semua syarikat penjual kenderaan jenis lain di kampong itu.
Jadi orang kampong sudah bekerja keras. Mereka bangun pagi, gosok gigi, minum kopi, hantar anak ke sekolah, hantar suami pergi kerja, suami bekerja keras, jaga bisnes, jaga ladang untuk mencari makan. Dan setiap tahun 26% daripada hasil usaha mereka dituai oleh Ketua Kampong dan JKK. Lepas itu Ketua Kampong ambil sebahagian daripada duit mereka dan diberi kepada orang kesayangannya untuk bersaing niaga dengan orang kampong juga.
I take your money from you then I give your money to someone else to compete against you. And put you out of business.
Inilah maksudnya orang kampong dibeban cukai tiga kali.Three times taxation.
Tidak lama nanti hayat hidup kampong ini akan terjejas.
Sapu Lah tidak akan dipercayai oleh rakan-rakan dalam ecosystem perniagaan mereka.
Vendor akan segan, client baru akan segan, banker akan segan.
Who wants to do business with them?
Nothing was achieved.
- 'Lives in a dream..'
- 'Who is it for..'
- 'A sermon that no one will hear.."
- 'No one comes near ..'
- 'In the night when there's nobody there..'
- 'No one was saved..'
- 'What does he care..'
- 'All the lonely people..'