Saturday, July 5, 2025

Dalam Tempoh 31 Bulan Sahaja, Sudah 47 Kali Lawatan Luar Negara. Di Mana 'Kerjasama' ASEAN?


Dalam tempoh 31 bulan sahaja, sudah 47 kali lawatan luar negara.

Tak lama nanti ASEAN buat persidangan lagi di Kuala Lumpur. Sekali lagi lalulintas dan jalanraya akan tergendala. 


https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/07/04/road-closures-in-stages-for-58th-asean-foreign-ministers-meeting-says-bukit-aman#openShareModal

Ada orang tanya: Not sure why they built Putrajaya.

Maksudnya kenapa selalu sesakkan dan menyusahkan orang di Kuala Lumpur? Kita sudah belanja berpuluh bilion Ringgit untuk membina Putrajaya. Jalanraya di Putrajaya luas dan cantik. Kosong. Tak ada trafik pun. Banyak bangunan gergasi dan cantik-cantik. Hotel, dewan persidangan semuanya lengkap dan amat sesuai untuk membuat persidangan.

  • Pergilah buat persidangan apa pun di Putrajaya. 
  • Tak payah tutup jalan pun. 
  • Tak payah menyusahkan orang lain. 

Orang juga tanya:   Not sure what ASEAN is for either:

Maksudnya apa guna ASEAN? Sebab:

* ⁠Panama passports get 90 days visa free in Vietnam but Malaysians get only 30 days

* Malaysia gives 30 days visa free entry to passport holders from Somalia and Chad but not Myanmar

* ⁠Cambodia and Thailand have closed their land borders

* ⁠Singapore gives 90 days visa free to Americans and British but just 30 days to Malaysians


Aikkk !! Kenapa pula macam itu? 

Amerika dan British boleh masuk Singapura 90 hari tanpa visa tapi orang Malaysia pula dapat 30 hari saja? Habis apa guna ASEAN?

Vietnam pula bagi rakyat Panama masuk Vietnam 90 hari tanpa visa tapi rakyat Malaysia pula dapat 30 hari saja?   Habis apa guna ASEAN?

Cambodia dan Thailand pula sudah tutup sempadan mereka. Bermusuhan.   Habis apa guna ASEAN?

31 bulan sahaja, sudah 47 kali lawatan luar negara.